zulchedin 014-3011289

By: zulkifli che din

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 21-May-2008 14:19 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Awie & Wana di Taman Keladi, Sg Petani.kedah

Isnin lepas shoot Majlis Perkahwinan Wana dan Awie di Taman Keladi Sg Petani. 19 Mei 2008.
Majlis yg serba sederhana tetapi penuh kemeriahan. sempat pi out door lg kt jeti sg merbok






Cinta..
Tanpanya kita sunyi..
Tanpanya kita sepi..
Tanpanya kita sendiri..
Hargailah cinta sebelum ianya pergi dan tak akan kembali..


Wednesday, 21-May-2008 12:54 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Norliza dan Mohd Zahir di Kg Tok Kangar, Juru

Majlis pernikahan pasangan Mohd Zahir & Norliza telah diadakan pada 18 Mei 2008 selepas solat zohor di masjid kariah Juru. Majlis yang berlangsung serba sederhana telah dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak di rumah pengantin perempuan.







Wednesday, 21-May-2008 08:35 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERKAHWINAN MIRA & SOFIE DI FELDA TELOI TUMUR.K.KETIL

Majlis yang cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara dari jauh & dekat untuk menyerikan majlis perkahwinan pasangan Mira dan Sofie pada 17 Mei 2008/ 12 Jamadilawal 1429H.

Merenjis-renjis si air mawar,
Harum mewangi seharum kasturi,
Kasih kami menjadi penawar,
Tanda cinta kekal abadi.





Monday, 12-May-2008 11:33 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad nikah Noriza wati & Erwan Effendy

Majlis akad nikah antara Noriza wati & pasangannya Erwan Effendy yang berlangsung di Majjid Kubang Semang Bukit Mertajam pada 10 Mei 08 jam 11 pg . Majlis yang sederhana tetapi meriah . Semoga kasih sayang yang terjalin antara kedua pasangan ini kekal abadi selamanya. Majlis Perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 31 Mei 2008.






Monday, 12-May-2008 00:42 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERTUNANGAN SALLEH & SYIKIN





Majlis pertunangan diadakan di rumah pihak perempuan Kuala Ketil Kedah, selepas Jumaat pada 9 Mei 08 yg lepas.Alhamdulillah walaupun cuaca agak muram tetapi majlis berlangsung dengan penuh adat kemelayuan. Terima kasih dengan kerjasama kedua mempelai . Jangan tunggu lama-lama


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net